7 Pesanan Sis Kepada Newbies Menjelang 2017.

​Wanita dari Pahang ini dedahkan 7 pesanan penting kepada Newbies dalam dunia bisnes online.
Pesanan ringkas tapi padu!
Dipetik dari status Facebook personal beliau.

Pesanan Sis Menjelang 2017.

Tahun depan ada lambakan produk di pasaran.

Lebih berlambak dari lambakan sedia ada sejak 2 tahun kebelakangan ni.

Bukan sis nak halang keluarkan jenama sendiri.

Duit masing2, terpulanglah.

Cuma.
Sis cuma nak pesan satu je.

Memang ramai yg ada modal selonggok nak keluarkan produk sendiri.

Tapi yang penting ialah:

1) Kenalpasti niche. Buat research dulu.

2) Kenalpasti apa beza produk kita berbanding jenama lain. 

Tu yang duk sebut USP tu. Unique Selling Proposition.

3) Kenalpasti segmen pelanggan. 

Buang mindset nak tapau semua segmen. 

4) Kenalpasti chapter mana kita berada, kalau chapter 1 jangan bandingkan dgn final chapter org lain. 

Takde istilah bilis, cuma ada istilah iblis yang membisikkan kata2 negatif pada peringkat newbies.

5) Study apa tu sales funnel. 

Susun funnel baik2. Apa tu traffic, suspect, prospect, lead, customers, follow up, conversion rate, semua tu kena belajar.

Asik-asik sebut copywriting je.

Copywriting tahap dewa tapi zero traffic camne tu?

Fikirkan.

6) Study apa tu product tier. 

Jangan tanya sis. Pergi google dulu.

Dan akhir sekali.

7) Kenalpasti pihak2 yg boleh kita cross sell.

Jgn selfish asik nak push produk sendiri je. 

Asik ugut nak remove friend je kalau tak like status kita.

Tak payah batak like kalau status orang lain kamu kedekut nak like.

Apa benda ni cross sell? Sejenis crossfit ke?

Bukan.

Contohnya Kalau kamu jual periuk nasi, pakatlah dgn Mak Jemah ratu ikan pekasam.
Kamu selitlah flyers promosi Pekasam Ikan Puyu keluaran  Mak Jemah. 

Begitu juga mak jemah boleh selit flyers promosi periuk nasi kamu ke dalam kiriman poslaju beliau.

Gitu.

Belajarlah berkerjasama, luaskan jaringan usahawan.


Mulakan dengan aktiviti networking dgn usahawan lain.

Rajin2 buka post suruh kawan2 meniaga supaya tepek iklan kat satu post khas di wall fb tu.

Rezeki milik mutlak Al Razzaq.

Takkan ada sesiapa mencuri rezeki orang lain.

Percayalah.

.

Ok.

Tu lah ringkasan pesanan sis petang ni.

Sis seharian kat luar harini setelah 3hari straight ngadap kelas online.
Kalau nak listkan semua tak habis.
Sorry kpd semua yg tetiba rajin call harini 😂😂
Tanjat sis.
Tapi yg pasti stok kopi dah habis.

Jadi idea pun habis juga (sejenis alasan).

( Sis mudah teracun dengan Free Gift Nescafe haha )

Esok smpai ahad sis akan habiskan masa ikut jadual client.

Ya, sis menulis iklan dan servis fb ads untuk produk niche tertentu.

Isnin depan sambung kelas online.

Begitulah marathon sampai raya tahun depan.

Ok sis dah tepek post ni kat blog 😁😁

Like dan share jika bermanfaat 😊

Ps: Nak Join Kelas Online serendah RM95 sebulan ? KLIK DI SINI 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s