Newbies? So What?

​Kamu rasa down apabila melihat kejayaan orang lain? 
Mulai hari ini. 
Berhenti sabotaj diri.
Sis pernah baca tips untuk job interview.
Tak ingat mana sumber sebab dah lama pulak.
Tapi boleh digunapakai untuk panduan biz juga.
Point sis ialah,

Jangan sabotaj diri dengan mengatakan apa yang bukan diri kamu miliki.

Berhenti fikirkan tanggapan buruk terhadap diri sendiri.
Contohnya,
” saya bukan tahap  jerung nak kongsi tips.. ”
” saya bukan lah hebat sangat pun macam si polan..”
” produk saya takde la power sangat macam jenama Si X ”
Tak perlu mention sesuatu yang bukan diri kamu miliki.
Sebaiknya, fokus kepada apa yang kamu miliki walaupun ia mungkin di tahap biasa-biasa sahaja.
Belajar untuk hargai diri.
Belajar untuk hormat kebolehan diri.
Belajar untuk saiyang diri sendiri!
Berhenti bandingkan diri dengan orang lain kerana setiap individu berada di chapter yang berbeza.
Jika tiada langkah pertama, maka tiadalah langkah ke-1000!
Tak perlu tunggu sempurna untuk mulakan apa-apa.
Newbies? So what?

Semua orang bermula dgn langkah pertama.

Pekakkan telinga dan jalan terus.
Akui kemampuan diri, tapi jangan sampai mendabik dada.
Sekian sahaja status sis kali ini.
Tolong jangan lupa untuk siapkan homework.
Sis akan check setiap satu mulai esok.
Salam Maulidurrasul 😊😊

Advertisements